Thursday 19 April 2012

Pembongkaran Misteri Penjara Pudu




Kisah ini terjadi di penjara Pudu dan baru disebarkan untuk menjadi pengajaran kepada semua orang. Penjara pudu tidak asing lagi sebagai tempat untuk menjalankan hukuman gantung dan sebat kepada pesalah.

Cerita ini bermula dengan kisah seorang pesalah yang akan dikenakan hukuman mati pada waktu subuh pada keesokan harinya. Sebelum hukuman mati dijalankan pesalah ini ditempatkan di sebuah bilik yang dinamakan “bilik terakhir”. Biasanya bilik ini untuk pesalah yang akan dihukum mati pada keesokan harinya. Bilik ini sangat gelap tanpa cahaya yang menerangi mahupun lampu.

Ramai warden-warden penjara yang bertugas pada waktu malam mendengar bunyi-bunyi aneh seperti bunyi orang menangis, menjerit dan mengilai. Hal ini demikian kerana pesalah itu menyesal atas perbuatanya yang dilakukan sebelum ini. Selain itu ada juga warden melihat bayangan hitam di dinding bilik terakhir.

Tiada sesiapa yang berani pergi ke bilik itu pada tengah malam sehingga menjelang subuh. Pada suatu hari ada seorang warden telah bertugas berhampiran dengan bilik terakhir itu. Semasa bertugas dia melihat seekor kucing hitam menembusi dinding bilik itu.

Warden itu memberanikan diri masuk ke dalam bilik terakhir dan tiba-tiba bilik itu bertukar menjadi gua. Alangkah terkejutnya warden itu apabila melihat banyaknya harta karun. Tanpa melengah lagi dia terus mengaut harta itu. Selepas itu, kedengaran satu suara berkata “heii manusia harta itu bukan kau yang punya tetapi Ahmad Albab yang punya” Hahahahah….

Macam mana? Seram tak cerita ni?Terima kasih kerana khusyuk membaca.

0 00 Comment:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...