Friday 4 May 2012

7 Rahsia Tidak Lupa Apa Yang Cikgu Ajar Dalam Kelas



1. Abaikan Semua Yang Lain
Apabila cikgu mula mengajar sahaja, hentikan semua perkara lain. Berhenti cari buku, berhenti asah pensel, berhenti suruh orang diam dan berhenti mengikat tali kasut dll. Beri tumpuan 100% kepada penerangan guru. Ini RAHSIA PALING BESAR pelajar cemerlang !

2. Tekan Apa Cikgu Mahu Ajar
Sebelum cikgu mula mengajar satu topik, tanya dalam minda.
• Topik ini berkenaan apa ?
• Apa yang penting agaknya dalam topik ini ?
Lebih banyak soalan dalam minda sebelum cikgu bermula, LEBIH BAGUS !

3. Conteng Kertas Kosong
Semasa cikgu mengajar, jika ada soalan keluar dalam minda mengenai apa kita tidak faham, contengkan di atas kertas tersebut. Apa yang faham semasa cikgu mengajar, conteng juga.

4. Bayangkan Apa Yang Cikgu Sedang ajar
Jika kita TIDAK BAYANGKAN apa cikgu sedang ajar, kita akan terbayangkan perkara lain. Membayangkan perkara selain apa cikgu ajar inilah yang dinamakan berangan-angan atau khayal dalam kelas.
Bayangkan dapat melihat apa yag cikgu sedang terangkan dan apa yang cikgu sedang ceritakan.

5. Cepat-cepat Buat Latihan
Soalan daripada latihan boleh menentukan sama ada kita faham atau tidak. Lebih banyak faham, lebih banyak kita akan INGAT. Apabila terjumpa soalan yang tidak dapat dijawab atau kita tidak faham, tuliskan soalan di atas kertas untuk ditanyakan kepada cikgu kita.

6. Minta Bantuan Cikgu Setelah Mencuba
Ada pelajar bertanya kepada cikgu sebelum dia cuba menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh. Ini menyebabkan mudah lupa. Buat dulu, fikir dahulu dan jawab dahulu dengan bersungguh-sungguh kemudian baru bertanya.

7. Baca Semula Apa Cikgu Ajar Sebelum 48 Jam.
Kajian saintis mengatakan bahawa jika belajar 10 perkara hari ini, mereka akan lupa 9 daripadanya selepas 2 hari. Cara mengatasinya ialah selepas berlajar satu topik baru, sebelum 2 hari berakhir, baca semula atau ulangkaji semula. Kita akan lebih mudah ingat dan pasti TIDAK MUDAH LUPA !

0 00 Comment:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...