Saturday, 5 May 2012

Ciri Wanita Hantaran Mahal


Jika mahu diri dinilai dengan mahal tinggi, maka lengkapkan diri dulu dengan perkara-perkara berikut. Andai ada ciri-ciri yang akan disenaraikan ini, maka tidak salah ibu bapa mahu anak mereka dikenakan mahal mahupun nilai hantaran perkahwinan sehingga RM20,000.

Ciri-ciri yang diminta adalah:

♥ Hafal 30 juzuk Al Quran.
♥ Dapat dan tahu mengenai Hadis Sahih.
♥ Menjadikan sunnah Rasulullah sebagai amalan harian.
♥ Boleh memasak makanan sedap.
♥ Dijamin mendapat zuriat yang baik.
♥ Dijamin menjadi isteri solehah.
♥ Dijamin dapat mendidik anak menjadi anak yang taat pada agama.
♥ Sentiasa takwa kepada perintah Allah Taala.
♥ Diri bersih dari penyakit.

Ini adalah sebahagian mungkin yang boleh dikatakan sebagai alasan terbaik untuk mengenakan hantaran kahwin sampai puluh-puluh ribu. Jadi, fikirkan balik dan cuba lihat hadith ini:

"Ciri2 wanita yg mendapat kurnia ialah yg mudah dipinang, mudah (murah) mahalnya, dan subur rahimnya."
- (H.R Ahmad)

0 00 Comment:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...